»

Tabungan :)

Followers

Monday, March 22, 2010

Lokasi sepanjang Cuti

Sepanjang cuti kali ni lebih banyak habiskan masa kat umah. Ye ke..tapi byk gak berjalannya..cuma takde la gi menginap kat mana2 hotel. Sebelum ni tak pernah lak gi pusat pentadbiran kerajaan Johor kat Nusajaya, kira first time gi..terkezut gak tgk design bangunan yg ader..cantik, moden, unik..munkin tu yg dpt digambarkan..bab amik gambar mmg bukan hobi..tu yg tak terpikir lak nak amik..tapi kalu tak caya gi la jengah2 kat sana..pegi sana sebab ada urusan dgn org gomen..kira2 nak wat mcm Putrajaya..tapi lum siap sepenuhnya. .... Desaru!!!..berpicnic aka bercamping anak- beranak..ni salah satu on the spot planning my hubby..siap bawak khemah..tido kat khemah?..eish tak nak la coz tak selesa.lagi pula sian kat my kids..just suka2, bleh la salin2 baju, makan2 n landing kat dlm khemah dari cuaca panas sambil menikmati deruan angin dan ombak dilautan..aku pun dok tolong ler hubby pasang khemah..jakun la pulak .rasanya dah lama sangat tak buat benda2 mcm nie..last camping pun tahun 1998 join kelana siswa utm (masa tu pakweku jadi pengarah program..) aku yg bukan ahli pun turut join...eish eish...tak patut, tak patut..melalut lak bukak citer dulu2 ....lepas siap ayahnya n anak2 pun dah tak sabor nak main air..takut sebenarnya nak mandi kat sini..pastinya kawalan memang ketat dari mama n ayahnya..sekejap je main air..tengok aiman pun dah gigil..lagi pulak dah hujan renyai2..salin baju..pastu duk lepak dalam khemah...tak sia2 pasang khemah, dpt berlindung dari hujan dan menikmati juadah nasi ayam yg mama masak....heheh licin, habis..sedapnya mama masak...ke tengah lapar...bila hujan dah berenti,, mula la aksi-aksi Zidan..antara ayah, azim n aiman..

posing selepas khemah siap dipasang

peace no war

sayang semuanya..muaah


anak ayah...

kuatnya ayah...azim kat belakang terjerit2 nak dukung gak
relax dulu..nanti sambung lagi

aiman yg manja dan unik

dini comey..yang garang..hehe
azim yg bijak...dah besar abang azim..

Friday, March 12, 2010

Bercuti di Melaka

Melaka memang tempat melancong wat kami sekeluarga setakat ini..Emm sampai dah tak tahu nak pergi mana lagi kalau ke Melaka lepas ni..Saje je nak post kan citer , walaupun last pegi kat sana pd cuti sekolah tahun lepas..tak menyempat nak taip..(bukan tak sempat..cuma tak rajin nak mengarang n mengupload).. Antara tempat yg my family pergi A Famosa Animal World Safari..Nak tengok apa yg bestnya kat dalam tu..bayaran masuk bleh tahan la mahal, Dewasa = RM 35, children = RM 25, total semuanya RM 100++.. dah la, tak reti nak membebel panjang2..tengok je pic nie.. :)



dini penat + ngantuk



aksi ultraman dalam kereta

p/s : penat + ngantuk, nak titon dulu..my kids n hubby dah dlm mimpi..

Selamat Bercuti

Syukur kalau dapat cuti seminggu...harap2 tak dipanggil bertugas..Tapi, walaupun cuti banyak perkara kena selesaikan dan perlu disubmit naik cuti nanti..lagi2 lepas habis exam..hubby pun kata cuti tak macam cuti, banyak benda kena buat projector la, chess la, hantar budak pengakap la.. bla bla bla..Termasukla Azim n Aiman, banyak tul cikgu bagi 'homework', balik sekolah semangat tunjukkan kerja masing-masing. Balik sekolah tak sabar2 nak buat..bagus tul..teruskan kerajinan...Tapi, satu je..semangat keluarkan semua buku, baru buat skit je dah nak main semula..fokus, fokus anak2 mama, pesanan utk mamanya jugak..siapkan dulu kerja pastu bleh la wat kerja 'parttime' online heheh...Lagi satu bertambah kerja la pulak..my mum pun suruh tolong jahitkan langsir...alamak mcm mana nie...mak kata sikit je..tapi mcm banyak je..tambah nak jahit shawls ..nampaknya tak bertambah la stok shawls...teringat pasal shawls, hasil jahitan dah ada di bazar JB, tumpang kat kedai kawan. Alhamdulilah ada sambutan la jugak..untung sikit pun tak apa, yg penting kepuasan berniaga, nak ambil pengalaman dulu, manalah tahu nanti2 dah tak ader kerja bleh wat sesuatu yg berfaedah dan dapat menambahkan ekonomi keluarga..seronok tul berniaga walaupun kecil2lan..dalam pikiran nak buka kedai kat pasar malam, sewa kedai la emmm mcm2la..harap2 bukan setakat berangan Mat Jenin sudahlah...tu la aku kuat berangan jee tapi tak nak buat betul2..chayoo..chayoo..u can do it..

keletah anak2 yg menghiburkan ayah n mama



ada gaya nak ke sekolah kan..




senyum skit sayang

posing dgn bag

nak tayang bag dia la..nak tahu tak..abang2 dia tak bleh langsung amik buku2 yg ada kat dlm bag..Dini pasti akan marah

khusyuknya abang Azim


koleksi bag Azim, Aiman n Dini..semua dah pandai memilih nak bag apa..