»

Tabungan :)

Followers

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Resepi Cheese Cake

Majoriti suka makan cheese cake kan! kalau yang ready made memang mahal sebab berpatutan ngan kos pembuatannya. Maka, cuba jugak belajar2 buat cheese cake ni, cari resepi di internet, banyak sangat cara dan sukatan, jadi, edit mana yg patut. Malangnya, hubby n anak2 tak suka..semua lidah jawa..hehehe. lepas tu memang malas nak buat lagi kan, buat apa kalau tak suka. Baru-baru ni ex-schoolmate- Eliana Yusof ada share resepi cheese cake kat facebook dia, yang peliknya dia pakai tepung optima, lain sikit dari apa yang pernah aku buat dulu.. nak jugak cuba resepi kawanku ni. lagi satu jimat sikit resepi dr dia ni sebab tak pakai banyak creame cheese phildephia. Masa taip post ni belum cuba lagi, tunggu mood baik dan rajin..


BAHAN-BAHAN..

3 biji telur [saiz besar]
250gm tepung optima
2 sudu minyak masak

1 ketul [250gm] creame cheese phildephia
1/2 tin susu pekat yang saiz tinggi [manis ikut suka sebenarnya..:D]

1 ketul cheedar cheese, diparut [kalau nak kurangkan pun ikut suka]

CARA

1. pukul telur sampai kembang
2. masukkan tepung optima, pukul sampai putih krim [sebati]
3. masukkan minyak...pukul bagi rata
4. adunan di bahagi kepada dua dan di masukkan ke dalam loyang yang telah dialas kertas minyak [oles dengan minyak jer pun ok..huhuhu]... atau kalau nak bakar sebagai satu adunan pun boleh.
5. bakar selama 15-20 minit [hingga masak] dengan suhu 250 darjah celcius [ovenku, 180 darjah celcius ajer].. kalau atasnya macam hangus atau coklat hanya buang lapisan atas tu sahaja..
6. ketepi dan sejukkan sebentar [suhu bilik jer..bukan peti ais.. :D]...

Sambil tu...

7. pukul creame cheese dengan susu pekat sehingga menjadi creame dan tidak ber ketul2.

8. mulakan menghias... 1 bahagian kek disapukan dengan 1/3 daripada creame cheese bersusu tadi...
9. kemudian letakkan kek B, sapu baki creame cheese bersusu tadi di keseluruhan kek...atas, tepi..sehingga menutupi keselurahan kek...[bg yang bakar satu adunan..kek masih boleh dibahagi dua stlh msak..atau pun..sapu ajer keseluruhan kek dgn creame cheese bersusu tu..:D.. rasanya lg sedap klu berlayer sbb rasanya sekata...]
10. taburkan parutan cheedar di keseluruhan kek.

Friday, October 30, 2009

Buat Caramel

gambar hiasan..hari tu lupa nak amik gambar yg sendiri buat...nanti kalu buat lagi kite gantikan dengan gambar di atas...

Suka sgt nak cuba resepi dari kakak ipar-Andak iaitu Caramel...Apalagi masa hari raya yang lepas ,semasa student ku dan husband datang ke rumah, aku telah membuat caramel buat pertama kalinya dan berhasil sgt...memberi semangat nak buat kali ke 2 yg mana aku telah berkongsi keenakkanya ngan kawan-kawan di sekolah..Ramai kata sedap (diaorg yang puji..) dan nakkan resepinya...berasa seronok dpt berkongsi resepi dengan kawan2...harap percubaan pertama u all menjadi...

Bahan-bahan A

10 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 tin susu pekat
1 sudu esen vanilla
secubit garam

caranya

pukul telur hingga kembang sedikit dan campurkan bahan-bahan A yang lain..kacau sehingga sebati. Siap. ketepikan untuk membuat gula hangus.....

Bahan B (gula hangus)

3 sudu besar di goreng dengan api yang paling kecil..pastikan sehingga gula tersebut bertukar menjadi cair yang berwarna keperangan-perangan. Setelah itu, cepat-cepat masuk ke dalam loyang.

Terakhir..

Adunan bahan A tadi perlu ditapis dan dimasukkan ke dalam loyang yang telah diletakkan gula hangus..kukus --tunggu 20-25 minit...dah siap

senangkan...selamat mencuba.....