»

Tabungan :)

Followers

Friday, October 30, 2009

Buat Caramel

gambar hiasan..hari tu lupa nak amik gambar yg sendiri buat...nanti kalu buat lagi kite gantikan dengan gambar di atas...

Suka sgt nak cuba resepi dari kakak ipar-Andak iaitu Caramel...Apalagi masa hari raya yang lepas ,semasa student ku dan husband datang ke rumah, aku telah membuat caramel buat pertama kalinya dan berhasil sgt...memberi semangat nak buat kali ke 2 yg mana aku telah berkongsi keenakkanya ngan kawan-kawan di sekolah..Ramai kata sedap (diaorg yang puji..) dan nakkan resepinya...berasa seronok dpt berkongsi resepi dengan kawan2...harap percubaan pertama u all menjadi...

Bahan-bahan A

10 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 tin susu pekat
1 sudu esen vanilla
secubit garam

caranya

pukul telur hingga kembang sedikit dan campurkan bahan-bahan A yang lain..kacau sehingga sebati. Siap. ketepikan untuk membuat gula hangus.....

Bahan B (gula hangus)

3 sudu besar di goreng dengan api yang paling kecil..pastikan sehingga gula tersebut bertukar menjadi cair yang berwarna keperangan-perangan. Setelah itu, cepat-cepat masuk ke dalam loyang.

Terakhir..

Adunan bahan A tadi perlu ditapis dan dimasukkan ke dalam loyang yang telah diletakkan gula hangus..kukus --tunggu 20-25 minit...dah siap

senangkan...selamat mencuba.....

Friday, October 16, 2009

Holiday di TIARA BEACH

Azim meluncur Anak2 bermain di tepi pantai PD

Dini sejuk la mama... Berebut boya

Cuti bulan Ogos yg lepas, kami sekeluarga telah pergi ke Port Dickson. Pertama kali menjejakkan kaki ke PD iaitu tempat terkenal dengan pusat pelancongan yang mempunyai pantai-pantai yang indah, bersih dan nyaman. Kami telah bermalam di Tiara Beach Resort selama 3 hari 2 malam...Tengoklah aksi Azim,Aiman dan Din..

Thursday, October 8, 2009

Cerita anak-anak

Alhamdulilah...5 Dec 2009 ni genap 6 tahun usia perkahwinanku dengan suami tercinta, Aziz. Sepanjang waktu itu, kini aku mempunyai 3 orang cahaya mata.
Yang sulung(gambar pertama) diberi nama
Muhammad Azim, lahir pada 2-11-2004
Yang kedua (gambar ketiga), namanya
Muhammad Aiman, lahir pada 26-10-2005
Yang ketiga (gambar tengah), namanya
Puteri Nurdini. lahir pada 10-08-2007
Yang keempat .....opss belum lagi..Insya Allah akan datang

Tentang Azim

La ni usianya 4 tahun 11 bulan, dah bersekolah di Tadika, seorang yang aktif dan banyak bercakap (tapikememeh/gembeng ). Contohnya kalu tak dapat buat sesuatu atau kena kacau ngan adik dia mesti menangis (seorang yang sensitif gak walaupun tengok mcm agresif). Semenjak usia nya 3 tahun, dah boleh mencantumkan puzzle dari yang bersaiz kecil hingga besar. Sekarang ni mula berjinak-jinak dengan komputer game, habis dikerjakan laptop ayahnya bersama-sama dengan adik dia Aiman mengexplore game-game baru. Lagi-lagi ayah dia jenis layan jee... mana taknya kalu selalu nengok ayahnya memanjang ngadap laptop...dari situ la kot dia belajar...penin kepala mama dia ni, kekadang terpaksa mengalah dengan azim n aiman. Mana tidaknya laptop satu, yang nak guna 4 org, masing-masing take turn...yang pastinya waktu yang terakhir adalah mamanya (waktu tu dah letih + ngantuk)...


Tentang Aiman

Aiman tak kisah..ingat lagi masa popularnya iklan di radio tentang sketsa 'Aiman tak kisah'...masa tu Aiman baru 5 bulan..dan sekarang nie dah nak mencecah 4 tahun..pantas betul masa berlalu..walaupun percakapan masih pelat tapi masih boleh difahami..moga Aiman boleh bercakap dengan sebutan yg betul..seorang yang terlalu manja walaupun dah ada adik. Setiap kali nak susu dan tidur, mamanya mesti ada disisi sambil diusap-usap mana bahagian badan disukai. Pakar jugak dalam permainan games di laptop ayahnya.


Tentang Dini

Puteri kesayangan, sungguh comel dengan matanya yang sepet persis ayahnya.Baru berusia 2 tahun tapi lagaknya bagai puteri gak, dah pandai buka dan pakai baju sendiri tapi terbalik la pulak..tak pe masih proses pembelajaran..mama akan ajar dari semasa ke semasa. Pantas bertindak, contohnya bila mama suruh amik surat khabar di antara mereka bertiga, Dini yang tercepat telah mengambilnya. Kekadang mulut nya bising nak bercerita, mengadu dan membaca walaupun masih pelat dan tak faham apa yang dicakapnya...mama berusaha bantu Dini hingga berjaya ya sayang...


Pemilihan Background Blog

Penat juga nak memilih background blog ni yang boleh menggambarkan diriku(ye la sebagai pemilik blog) . Sememangnya tak la kreatif sgt, tapi yang pasti aku suka warna yang lembut(tapi nampak pudar jee...)tu je yg menarik perhatian ku wat masa ini, mungkin kalu jumpa yang lebih menarik akan ku ubah...hihi. Nak tau mana dapat background ni. haa gi klik link ni http://i241.photobucket.com/albums/ff207/Tbow5/1liking.png. Gambar anak-anakku ni di edit dengan menggunakan photoscape, cadangan daripada kawan sekerja iaitu Farah. Nantilah akan diubah sikit-sikit..masih dalam mengexplore (sorry ye guna bahasa rojak)

Mukadimah

Blog ini khas diwujudkan untuk mencatat segala perkembangan dan peristiwa yang mungkin boleh dikongsi bersama-sama terutamanya buat rakan-rakanku semasa dibangku sekolah, di universiti(terutamanya Huda, Jaa, Nina, Yan dan lain-lain) dan sekarang. Panggilan MAMA buat anak-anakku dan juga suami. Mungkin agak terlewat blog ini diwujudkan kerna faktor masa dan kesibukanku sebagai isteri, ibu dan pekerja. Rasa rugi kalu tak aplikasi ilmu ict yang pernah dipelajari semasa di U (rasanya banyak teori je...maaf ye) dulu dan mengenai membina blog banyak yang di explore sendiri semasa jadi pengganggur 4 bulan dulu dan semenjak adanyer maxis broadband yang hubbyku beli...apa lagi kalau tak guna sepenuhnya untuk kebaikan...Rasanya tak terlewat nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN"..Harap-harap enjoy and keep looking this blog. TQ