»

Tabungan :)

Followers

Monday, November 16, 2009

Konvokesyen Azim



membuat aksi

menuju ke puncak


Seronoknya dan terharu sangat menyaksikan konvokesyen Azim, mama very excited nengok aksi Azim masa tu..fisrt time for first kid. Mama harap dapat melihat konvokesyen Azim, Aiman dan Dini di Universiti pulak nanti. All the best my kids.

Tuesday, November 10, 2009

Doa buat kekasih

Bila terdengar lagu ni, pasti teringat memory bersama boyfriend (skrg dah jadi suami) masa tu masih di awal2 perkenalan. Si dia telah menyanyikan lagu ni, uh tak sangka pulak mamat ni pandai nyanyi, boleh tahan gak suaranya..Lepas tu, aku pun sibuk mencari-cari lirik lagu ni..Sampai sekarang masih dalam ingatan..

DOA BUAT KEKASIH

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Dalam kesibukan

Lama tak update blog ni, busy sangat dengan kerja2 sekolah yang tidak pernah abis. Now, i know cabaran dan tanggungjawab menggalas tugas sebagai guru sekolah. Alhamdulilah, dapat jugak settlekan mana yg sepatutnya..yang penting mesti IKHLAS dalam menunaikan sesuatu perkara, rezeki yang dapat diharap mendapat keberkatan olehNYA. Amin...

Sempat lagi upload gambar my kids.hihi



Suka sangat tengok Dini pakai tudung, nanti dah besar tak leh pakai tudung nampak rambut tau..berdosa




Azim n Aiman pakai life jacket masa naik bot kat zoo Melaka. Berbaju melayu dan kurung pada hari raya tahun ni kat kampung Parit Hj Karim, Air Baloi.