»

Tabungan :)

Followers

Monday, December 27, 2010

Siapa nak jadi Agen Jual TOPUP?

Peluang kepada sesape yang berminat menjual top up. Utk pengetahuan, saya dan hubby hampir setahun menjual topup dan masih beroperasi lagi. Saya juga dah masukkan adik saya yang belajar di UITM memandangkan permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan pelajar. Walaupun margin keuntungan kecil iaitu kira2 2-5%, tetapi volume atau permintaan sgt tinggi dan tak putus. Atas cadangan saya juga, setiap jualan top up ada tambahan charge 30 sen -50 sen. Yang pastinya ada saja yang cari utk dptkan top up walaupun ada tambahan charge. Adik saya simpan dalam tabung.dah penuh daa, hasil tambahan charge tu..sikit2 lama2 jadi banyak..Bonus untuk dia..

Yang paling penting dan best!!!

- yuran ahli serendah rm 20 seumur hidup
-nak jual top up mesti ada modal, percaya tak serendah rm 50 saje!!!
-semua jenis top up-maxis, celcom, digi dll
-boleh jual top up serendah rm 3 dan nilai2 lain- rm 5,10,20,50, 100
-tak perlu jumpa pembekal, urus sendiri secara online atau gi ATM utk tambah modal
-urusniaga secara sms atau website sulit
-tiada penipuan, DIJAMIN!!

*hanya yang berminat dan serius boleh berurusan dan untuk keterangan lanjut, sila la emel ke
jiezsweet@gmail.com..

Azam 2011

Salam kembali lagi berblog buat tatapan diriku dan kawan2 yang sudi menjengah kat sini. Rasanya apa yang ku coretkan disini hanya luahan perasaan, pandangan atau apa2 tah lagi. Aku pun tak promote or wat blog walking utk menaikkan traffic, mungkin kesibukan bersama2 anak-anak dan perkara2 lain membataskan aku menghabiskan masa menghadap laptop (senang citer malas) Oh!! fasa M selama 3 bulan mungkin dah tamat, ni yang mula dok menaip apa yang terlintas. Ramai jugak kawan2 yang aktif berblog, sharing tentang kehidupan, peristiwa dan isu semasa. Teruskan..good for u. AZAM? setiap tahun pasti ada azam yang ingin dicapai tak terkecuali aku, semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan.So Diana, usahalah untuk mencapai apa yang kau nak tu!! wake up! wake up!. Yeszz, aku dah wake up now, tapi kekadang tu ada je yang melunturkan semangat juangku ni..anasir-anasir yang selalu berfikiran negetif, antaranya bolehke?, bagaimana?, cukup ke? bila? n bla..bla yg bermain2 difikiran. Insya Allah, akan cuba aku atasi dan berusaha mencapainya..YA ALLAH, berkati dan permudahkan urusanku. Amin.

Sunday, October 17, 2010

Alhamdulilah...

huh..lama sgt tak update kat blog ni..pastinya tak semua apa yang berlaku dalam kehidupanku dapat dishare disini,"lebih baik berdiam di rumah sendiri"..tu pd pandangan peribadiku..Alhamdulilah..hubbyku telah sembuh dari penyakit denggi, pengalaman yg mencemaskan ku..menjadikan diri lebih berdikari waktu itu..semuanya aku lakukan sendiri..berulang-alik ke hospital,uruskan anak dan rumah..sungguh penat, namun ku panjatkan syukur padaNya atas kekuatan dan kesabaran yang diberikan padaku..Terima kasih juga wat kawan-kawan dan family yang ambil berat dan berkongsi pengalaman untuk mengurangkan reda denggi hubbyku...Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat suami,anak-anak dan ibu bapaku..Amin..

Monday, April 12, 2010

Selamat Hari Jadi

Berganjak setahun lagi usiaku iaitu pd 11 April buat diriku dan hubby pd 10 April, menyedarkan betapa pantasnya masa berlalu, meninggalkan kenangan2 lalu yang masih segar dalam ingatan.. Kupanjatkan syukur kerana masih diberi kesempatan menikmati kebahagiaan bersama anak2,suami,dan kedua ibu bapaku. Doaku semoga orang2 yang aku sayang mendapat kasih sayang dan dilindungi oleh Allah. Semoga perjalanan hidupku, suami dan anak2 ku sentiasa berada dilandasan yang diredhai olehNya.

Saturday, April 3, 2010

BELI PREPAID SECARA SMS DENGAN SAYA

PERKHIDMATAN MEMBELI PREPAID ONLINE
MUDAH,PANTAS DAN BILA2 MASA @ KLIK SINI @


Monday, March 22, 2010

Lokasi sepanjang Cuti

Sepanjang cuti kali ni lebih banyak habiskan masa kat umah. Ye ke..tapi byk gak berjalannya..cuma takde la gi menginap kat mana2 hotel. Sebelum ni tak pernah lak gi pusat pentadbiran kerajaan Johor kat Nusajaya, kira first time gi..terkezut gak tgk design bangunan yg ader..cantik, moden, unik..munkin tu yg dpt digambarkan..bab amik gambar mmg bukan hobi..tu yg tak terpikir lak nak amik..tapi kalu tak caya gi la jengah2 kat sana..pegi sana sebab ada urusan dgn org gomen..kira2 nak wat mcm Putrajaya..tapi lum siap sepenuhnya. .... Desaru!!!..berpicnic aka bercamping anak- beranak..ni salah satu on the spot planning my hubby..siap bawak khemah..tido kat khemah?..eish tak nak la coz tak selesa.lagi pula sian kat my kids..just suka2, bleh la salin2 baju, makan2 n landing kat dlm khemah dari cuaca panas sambil menikmati deruan angin dan ombak dilautan..aku pun dok tolong ler hubby pasang khemah..jakun la pulak .rasanya dah lama sangat tak buat benda2 mcm nie..last camping pun tahun 1998 join kelana siswa utm (masa tu pakweku jadi pengarah program..) aku yg bukan ahli pun turut join...eish eish...tak patut, tak patut..melalut lak bukak citer dulu2 ....lepas siap ayahnya n anak2 pun dah tak sabor nak main air..takut sebenarnya nak mandi kat sini..pastinya kawalan memang ketat dari mama n ayahnya..sekejap je main air..tengok aiman pun dah gigil..lagi pulak dah hujan renyai2..salin baju..pastu duk lepak dalam khemah...tak sia2 pasang khemah, dpt berlindung dari hujan dan menikmati juadah nasi ayam yg mama masak....heheh licin, habis..sedapnya mama masak...ke tengah lapar...bila hujan dah berenti,, mula la aksi-aksi Zidan..antara ayah, azim n aiman..

posing selepas khemah siap dipasang

peace no war

sayang semuanya..muaah


anak ayah...

kuatnya ayah...azim kat belakang terjerit2 nak dukung gak
relax dulu..nanti sambung lagi

aiman yg manja dan unik

dini comey..yang garang..hehe
azim yg bijak...dah besar abang azim..

Friday, March 12, 2010

Bercuti di Melaka

Melaka memang tempat melancong wat kami sekeluarga setakat ini..Emm sampai dah tak tahu nak pergi mana lagi kalau ke Melaka lepas ni..Saje je nak post kan citer , walaupun last pegi kat sana pd cuti sekolah tahun lepas..tak menyempat nak taip..(bukan tak sempat..cuma tak rajin nak mengarang n mengupload).. Antara tempat yg my family pergi A Famosa Animal World Safari..Nak tengok apa yg bestnya kat dalam tu..bayaran masuk bleh tahan la mahal, Dewasa = RM 35, children = RM 25, total semuanya RM 100++.. dah la, tak reti nak membebel panjang2..tengok je pic nie.. :)



dini penat + ngantuk



aksi ultraman dalam kereta

p/s : penat + ngantuk, nak titon dulu..my kids n hubby dah dlm mimpi..

Selamat Bercuti

Syukur kalau dapat cuti seminggu...harap2 tak dipanggil bertugas..Tapi, walaupun cuti banyak perkara kena selesaikan dan perlu disubmit naik cuti nanti..lagi2 lepas habis exam..hubby pun kata cuti tak macam cuti, banyak benda kena buat projector la, chess la, hantar budak pengakap la.. bla bla bla..Termasukla Azim n Aiman, banyak tul cikgu bagi 'homework', balik sekolah semangat tunjukkan kerja masing-masing. Balik sekolah tak sabar2 nak buat..bagus tul..teruskan kerajinan...Tapi, satu je..semangat keluarkan semua buku, baru buat skit je dah nak main semula..fokus, fokus anak2 mama, pesanan utk mamanya jugak..siapkan dulu kerja pastu bleh la wat kerja 'parttime' online heheh...Lagi satu bertambah kerja la pulak..my mum pun suruh tolong jahitkan langsir...alamak mcm mana nie...mak kata sikit je..tapi mcm banyak je..tambah nak jahit shawls ..nampaknya tak bertambah la stok shawls...teringat pasal shawls, hasil jahitan dah ada di bazar JB, tumpang kat kedai kawan. Alhamdulilah ada sambutan la jugak..untung sikit pun tak apa, yg penting kepuasan berniaga, nak ambil pengalaman dulu, manalah tahu nanti2 dah tak ader kerja bleh wat sesuatu yg berfaedah dan dapat menambahkan ekonomi keluarga..seronok tul berniaga walaupun kecil2lan..dalam pikiran nak buka kedai kat pasar malam, sewa kedai la emmm mcm2la..harap2 bukan setakat berangan Mat Jenin sudahlah...tu la aku kuat berangan jee tapi tak nak buat betul2..chayoo..chayoo..u can do it..

keletah anak2 yg menghiburkan ayah n mama



ada gaya nak ke sekolah kan..




senyum skit sayang

posing dgn bag

nak tayang bag dia la..nak tahu tak..abang2 dia tak bleh langsung amik buku2 yg ada kat dlm bag..Dini pasti akan marah

khusyuknya abang Azim


koleksi bag Azim, Aiman n Dini..semua dah pandai memilih nak bag apa..


Friday, February 26, 2010

aksi anak-anak mama ayah








Maulidur Rasul

Maulidur Rasul tahun ni mama ayah bawa azim,aiman n dini pergi ke Masjid Abu Bakar seperti tahun2 sebelum ni...
"Semoga perjuangan Rasullullah S.A.W sentiasa dikenang dan diteladani agar kita tidak leka dan lalai dengan khayalan dunia dan alpa dengan harta dan kemewahan"

“MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH”






Wednesday, February 17, 2010

Cuti Oh Cuti

Emm...seronoknyer bercuti kan..bleh habiskan byk masa ngan family especially anak2 ku Azim, Aiman n Dini. Masa ni la jugak nak merehatkan badan dan minda sebelum melangkah semula ke sekolah. My hubby rajin betul bawa gi jalan2 dan makan2. Semalam baru lepas gi jalan ke Sedili..Mula2 tu gi Giant dan ingat nak gi Smart nak beli bekalan bahan mentah y dah kehabisan kat rumah...Terdetik pulak idea suami ku nak gi Sedili konon2 nak beli fresh seafood like ketam, udang n ikan yg terus dari laut. Al maklum, kat sana terkenal ngan hasil tangkapan laut yg sememangnya segar bugar. Hampir rutin setiap minggu beli brg keperluan kat SMART yg mana diketahui kebanyakkan hasil tangkapan datang dari Sedili. Apa salahnya alang-alang nak membeli, kita mencuci mata nengok kawasan2 di Johor yg sebelum ini belum dijajah oleh kami sekeluarga.

tengok je la gambar2 ni..guna hp je amik gambar ni, kualiti tak ok..layan je..




puteri kesayangan


Sunday, February 14, 2010

Kongsi Pendapatan Bersama2

salam..

Diana nak share sedikit untuk mendapat duit dengan cara agak mudah. Modal rendah RM 20 sahaja, lagi pula baru sahaja dilancarkan. Tapi kena sedikit usaha bak kata pepatah ' bukan senang nak senang' yg penting teknik-teknik marketing di ajar. Kalau berminat klik la kat banner di bawah ni. Dapat duit sama2 itu yg penting..

Sunday, January 24, 2010

Doa buat Ibu Bapa

Dulu aku seorang bayi, kanak-kanak,remaja dan kini ke alam dewasa..masa berlalu pantas tanpa kusedari perjalanan hidupku selama 30 tahun kini..alhamdulilah Allah masih panjangkan umurku untuk menikmati kelazatan dan kebahagiaan hidup bersama2 keluarga tersayang melayari dugaan kemanisan, kepahitan, kesukaan dan kesedihan..Lumrah sebuah kehidupan..namun, kebahagiaan diduniawi tidak menjanjikan kebahagiaan di akhirat sekiranya tiada bekalan dan amalan sebagai muslim semasa hidupnya..semoga kealpaanku tidak berpanjangan..Ingat Allah dalam setiap masa adalah peganganku seharian kini...dengan mengingatiNya aku dapat mengawal nafsu-nafsu yang tidak baik yang mungkin dapat mengganggu fikiran dan perasaan...

Sesungguhnya, kita tercipta daripada ibu bapa kita dan sekiranya tiada ibu bapa, tiadala kita didunia ini...
Sekadar renungan..bagaimana jika kita tiada dan tidak pernah ada. Jika Allah tidak mencipta kita, sudah pasti kita tidak ada. Jika kita tidak ada, sudah tentu kita tidak mengetahui kewujudan alam semesta ini. Kita juga tidak kenal matahari dan bulan, tidak kenal manisnya gula dan kelazatan makanan. Pastinya juga kita tidak dapat merasakan indahnya rasa kasih sayang, cinta dan tentunya saat-saat bahagia tidak mungkin kita rasai... Oleh itu, bersyukur sangat kerana kita dapat melihat dan menikmati segala pemberian kasih sayang dan menyaksikan keindahan alam melalui kebesaran Allah yang tak ternilai harganya...

Mama bermohon kepada Allah
Semoga anak-anak mama berjaya dengan cemerlang serta menjadi anak yang soleh dan solehah seterusnya mendapat perlindungan Allah didunia dan diakhirat...Amin...



Pesanan untuk diriku sebagai anak dan anak-anakku jua...