»

Tabungan :)

Followers

Sunday, July 31, 2011

Kehadiran Nur Arissa

Alhamdulilah, syukur sangat kepada Allah kerana selamat melahirkan anak ke 4 Puteri Nur Arissa pada 25 Jun 2011..hari tu lewat 3 hari dari tarikh jangkaan, tanda awal keluar darah pd awal pagi, sakit tak terasa lagi, biarlah dulu detik hatiku..banyak kerja-kerja rumah yg perlu dibereskan..tak senang rasa bila tengok umah tak terurus..jadi, dalam kul 10.30pagi baru telefon suami disekolah dah baru bersedia nk pegi hospital..pastinya semua barang-barang kelengkapan telah tersedia..sampai hospital lebih kurang jam 12 tghari dan terus ke bilik saringan, bukaan pun dah 4cm, terusnya ke bilik bersalin..kontraksi makin lama makin terasa..alhamdulilah juga sebab masih bertahan dan mudah bagiku proses kelahiran Arissa seperti kakak Dini dan abang Aiman..Syukur, anakku sempurna dan sihat dan bertambah gembira bayiku perempuan..insya Allah cukupla 2 lelaki 2 perempuan..Arissa panggilan manja buatannya..hari ni genap 36 hari , Arissa tak banyak karenah, tak banyak menangis, tidur je memanjang, kdg2 kena kejut setiap kali nak susu..Arissa suka dikendong dan didodoi sebelum nak tidor..terima kasih ayah yang selalu dodoikan Arissa dengan zikir-zikir yg lunak didengar..semoga Arissa membesar dengan sihat, abang dan kakak sangat sayang Arissa..Ya Allah moga kehidupan anak2ku dilimpahi kasih sayang dan menjadi anak2 yang baik....

Monday, February 21, 2011

Cerita Lawak

Malam yang sepi ni terasa syahdu, mungkin penat bekerja hari ni, mata pun tak boleh lelap, surfing n surfing terjumpa lawak di laman web berita harian..sambil baca hilang tension jap..jom gelak sama..

Kredit to lutfi for info

Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Cerita 2


Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………

Cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Cerita 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this ****** girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?” Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
” So polis tu tanya lagi, “BETUL KER???”
Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA.” So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”
Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Cerita 6


Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Cerita 7

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Cerita 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Cerita 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

Cerita 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

Cerita 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa ******* sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Cerita 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Saturday, February 19, 2011

Lampu pam, kenangan lama di zaman kanak-kanak

lampu pam
Bila terlihat lampu pam ni terus teringat kenangan zaman kanak-kanak, perasaanku rasa syahdu mengenangkan susahnya hidup. Waktu itu, tiada lagi bekalan elektrik, sebelum malam menjelma, abah sibuk menghidupkan, aku dan kakak sibuk nak tengok cara abah hidupkan lampu pam atau lampu minyak tanah. sungguh teruja. Seingatku, kena letak minyak tanah dan di pasang mcm kain kasa putih (tak pasti namanya) sebagai mentol. Apabila di pam akan terhasil la nyalaan. Kain putih yang dipasang sebagai mentol apabila dipegang akan rapuh menjadi abu pastikan nak pegang jika dah dipadam atau tunggu la sejuk. Nak tengok tv pun kena pakai bateri mcm bateri kereta. Tak lama lepas tu, dah tak guna lampu pam sebab dah bertukar pakai generator, sedia maklum generator pun bukan bleh pakai 24 jam, kegunaan utamanya untuk menghidupkan lampu kalimantang pada waktu malam, masa tu jugak takde lagi blender, mesin basuh atau peralatan elektrik. Nak tengok tv hitam putih pada waktu malam saje sebab generator hanya dipasang pukul 7 ptg kalau tak silap la. Aku juga sempat merasa guna sterika arang..payahnya waktu tu..bayangkan nak bakar arang, nak letak dlm seterika, nak kena pastikan panas tidak melampau..tak pasal2 terbakar lak kain tu...

seterika lama

Friday, February 18, 2011

Resepi Cheese Cake

Majoriti suka makan cheese cake kan! kalau yang ready made memang mahal sebab berpatutan ngan kos pembuatannya. Maka, cuba jugak belajar2 buat cheese cake ni, cari resepi di internet, banyak sangat cara dan sukatan, jadi, edit mana yg patut. Malangnya, hubby n anak2 tak suka..semua lidah jawa..hehehe. lepas tu memang malas nak buat lagi kan, buat apa kalau tak suka. Baru-baru ni ex-schoolmate- Eliana Yusof ada share resepi cheese cake kat facebook dia, yang peliknya dia pakai tepung optima, lain sikit dari apa yang pernah aku buat dulu.. nak jugak cuba resepi kawanku ni. lagi satu jimat sikit resepi dr dia ni sebab tak pakai banyak creame cheese phildephia. Masa taip post ni belum cuba lagi, tunggu mood baik dan rajin..


BAHAN-BAHAN..

3 biji telur [saiz besar]
250gm tepung optima
2 sudu minyak masak

1 ketul [250gm] creame cheese phildephia
1/2 tin susu pekat yang saiz tinggi [manis ikut suka sebenarnya..:D]

1 ketul cheedar cheese, diparut [kalau nak kurangkan pun ikut suka]

CARA

1. pukul telur sampai kembang
2. masukkan tepung optima, pukul sampai putih krim [sebati]
3. masukkan minyak...pukul bagi rata
4. adunan di bahagi kepada dua dan di masukkan ke dalam loyang yang telah dialas kertas minyak [oles dengan minyak jer pun ok..huhuhu]... atau kalau nak bakar sebagai satu adunan pun boleh.
5. bakar selama 15-20 minit [hingga masak] dengan suhu 250 darjah celcius [ovenku, 180 darjah celcius ajer].. kalau atasnya macam hangus atau coklat hanya buang lapisan atas tu sahaja..
6. ketepi dan sejukkan sebentar [suhu bilik jer..bukan peti ais.. :D]...

Sambil tu...

7. pukul creame cheese dengan susu pekat sehingga menjadi creame dan tidak ber ketul2.

8. mulakan menghias... 1 bahagian kek disapukan dengan 1/3 daripada creame cheese bersusu tadi...
9. kemudian letakkan kek B, sapu baki creame cheese bersusu tadi di keseluruhan kek...atas, tepi..sehingga menutupi keselurahan kek...[bg yang bakar satu adunan..kek masih boleh dibahagi dua stlh msak..atau pun..sapu ajer keseluruhan kek dgn creame cheese bersusu tu..:D.. rasanya lg sedap klu berlayer sbb rasanya sekata...]
10. taburkan parutan cheedar di keseluruhan kek.

Tuesday, February 15, 2011

Mood kembali..

Semalam kononya nak update blog, buka laptop, Dini sibuk nak pakai sama, nak tengok coklat katanya, mula nak menaip, Dini pun menaip sama, maka tak jadilah perkataan. Last-last bagilah kat Dini mengexplore gambar-gambar coklat. Lepas tu bersambung kat abang-abangnya, mama tengok aje, abang-abang pun dah pandai, buka IE, keluar google taip ultraman, sibuk nak main games ultraman online, kagum pun ada dan sebenarnya tak suka tengok Azim dan Aiman mengetahui teknologi internet. Al maklum, pelbagai sumber yang tak elok boleh dperolehi, lagi-lagi umur mereka yang baru setahun jagung. Muhasabah diri, apabila melihat situasi remaja2 bermasalah di radio dan tv. Semoga anak-anak mama menjadi seorang yang soleh dan solehah serta menjalani kehidupan berlandaskan ajaran Islam. Keberanian mengatakan 'tidak' penting terhadap perkara-perkara yang tidak baik. Alhamdulilah, tok mak juga banyak membantu mendidik anak-anak aku mengenal Allah, ajar mengaji dan lain-lain. Ini lah hikmahnya masih duduk berdekatan dengan mak. Sekarang ni, terlalu banyak soalan yang diajukan oleh mereka. Kadang2 soalan yang sama dan berulang-ulang. Sebenarnya bagus pertanyaan tu, cuma kekadang malas jugak nak melayan, lebih-lebih lagi keadaan diri yang selalu penat kerana hormon yang tidak menentu. Cukupla bebelan dipagi hari, semoga ceria sepanjang hari!!

*gambar2 yang sempat di snap pada 15 Feb 2011, Azim sibuk berkepit dengan atuknya..










Monday, February 14, 2011

Jam 1.20 pagi

Si ibu sedang mengemaskini sesuatu di blog-blognya, si bapa masih menghadap laptop mengemaskini laman web sekolah, anak sulung sedang membantu adiknya mewarna setelah selesai menyiapkan kerja sekolah. Aiman pula sudah dibuai mimpi selepas penat belajar membaca dengan usahanya sendiri. Tidur siang yang lama membolehkan mereka2 berjaga malam, nasib la esok cuti, biarkan saja. Pastikan esok bangun awal, masjid Abu Bakar kita pergi untuk bersama-sama menyambut sambutan Maulidur Rasul. Insya Allah.

Sambutan Maulidur Rasul 15 Feb 2011




Sambutan Maulidur Rasul 15 Feb 2011/1432H tahun ini bertemakan "1 Malaysia 1 Ummah". Kita digalakkan menyambut Maulidur Rasul kerana ia dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda dan yang pasti cinta itu juga hanya kepada Allah SWT. Ulama berpendapat, sambutan Maulidur Rasul boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama dan menghayati keperibadian baginda dapat diterima sebagai pendekatan yang baik dalam islam. Kita juga diseru untuk mengingatinya dengan memperbanyakkan selawat dan sentiasa mengikut sunnah nabi.

Sunday, February 13, 2011

url baru...

Akhirnya blogku bertukar kulit dan url..dah tak da kerja la tu.. http://sweetmanis.blogspot.com

Friday, February 11, 2011

url blog yang baru...

Sebenarnya tengah2 berfikir-fikir nak tukar url blog azimaimandini kepada url yang baru. Kenapa?.Ini memandangkan akan bertambahnya ahli dalam keluarga Encik Abdul Aziz.Amin.Selepas ni tak nak guna nama anak dalam url, 3 nama pun dah cukup panjang, macam mana nanti kalau dah 4,5,6..wah,tak ke panjang url tu nanti!.Semestinya, url baru tu nanti lebih bersifat umum. Berangan je nak kongsi isu-isu semasa, cerita2 ilmuan,lucu,menarik dan kisah2 masyarakat..tapi masih dalam perancangan..bergantung pada kekangan masaku yang ada ni..ish.ish banyak betul nak buat ni.Pertukaran url ni pastinya tak memberi kesan kpd aku, berapa kerat sangat yang tahu blog ni, trafik pun sedikit, sebab tujuan berblog dulu hanya suka-suka mengisi masa lapang. Tak tahula lepas ni, mungkin kena rajin wat blogwalking dan rajin update blog setiap hari 2/3 post atau sekurang-kurangnya satu.Adakah ia kenyataan atau omongan kosongku..tunggu je la ..

Wednesday, February 2, 2011

Krisis di Mesir merunsingkan..

Krisis di Mesir makin meruncing kini, ia berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Tercetusnya inspirasi ini adalah daripada revolusi Tunisia baru -baru ini dan berjangkit pula dengan rakyat Mesir. Dulunya Mesir yang kita dengar selamat, tapi kini berubah sekelip mata. Kami sekeluarga tentunya merasa bahangnya kerana adik Mohd Hairul menuntut di Mesir!!. Pelbagai persoalan muncul dan kerisauan memang menyelubungi kami sekeluarga. Semoga dia selamat bersama-sama rakyat Malaysia yang ada disana. Amin. Walaupun begitu, kebimbangan nyata sukar dibendung apabila membaca berita-berita dari blog dan paparan berita di televisyen.

Antaranya,
~huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir. Jadi, bayangkan kesukaran untuk keluar membeli keperluan harian terutamanya makanan!! Dikatakan juga, harga barang melonjak naik, ditambah pula bank ditutup, kewangan pastinya diperlukan oleh mereka yang berada disana.
~Internet, komunikasi telefon bimbit turut disekat!. Hingga saat ini, kami sekeluarga masih belum dapat berhubung dengan Mohd Hairul. Bagaimana agaknya keadaannya sekarang ni?.
~Bertambah lagi huru-hara jadinya, apabila sebilangan besar banduan terlepas dari penjara, anggaran 5000 orang banduan. Bayangkan! pastinya penjahat-penjahat ini akan mengambil kesempatan yang ada. Mungkin, rentetan dari itu, terdapat pelajar Malaysia yang dirogol dan dirompak!. Sebenarnya banyak lagi kejadian yang berlaku di sana.

Doa dari rakyat Malaysia dan bantuan kerajaan amat-amat diperlukan.

Kepada yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang maklumat terkini, bolehla melayari blog ni http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ . Kewujudan blog ini membantu kami sekeluarga mengetahui status pelajar-pelajar Malaysia, terutamanya perkembangan adikku Mohd Hairul. Doa kami, semoga dia selamat hendaknya..