»

Tabungan :)

Followers

Wednesday, February 2, 2011

Krisis di Mesir merunsingkan..

Krisis di Mesir makin meruncing kini, ia berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Tercetusnya inspirasi ini adalah daripada revolusi Tunisia baru -baru ini dan berjangkit pula dengan rakyat Mesir. Dulunya Mesir yang kita dengar selamat, tapi kini berubah sekelip mata. Kami sekeluarga tentunya merasa bahangnya kerana adik Mohd Hairul menuntut di Mesir!!. Pelbagai persoalan muncul dan kerisauan memang menyelubungi kami sekeluarga. Semoga dia selamat bersama-sama rakyat Malaysia yang ada disana. Amin. Walaupun begitu, kebimbangan nyata sukar dibendung apabila membaca berita-berita dari blog dan paparan berita di televisyen.

Antaranya,
~huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir. Jadi, bayangkan kesukaran untuk keluar membeli keperluan harian terutamanya makanan!! Dikatakan juga, harga barang melonjak naik, ditambah pula bank ditutup, kewangan pastinya diperlukan oleh mereka yang berada disana.
~Internet, komunikasi telefon bimbit turut disekat!. Hingga saat ini, kami sekeluarga masih belum dapat berhubung dengan Mohd Hairul. Bagaimana agaknya keadaannya sekarang ni?.
~Bertambah lagi huru-hara jadinya, apabila sebilangan besar banduan terlepas dari penjara, anggaran 5000 orang banduan. Bayangkan! pastinya penjahat-penjahat ini akan mengambil kesempatan yang ada. Mungkin, rentetan dari itu, terdapat pelajar Malaysia yang dirogol dan dirompak!. Sebenarnya banyak lagi kejadian yang berlaku di sana.

Doa dari rakyat Malaysia dan bantuan kerajaan amat-amat diperlukan.

Kepada yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang maklumat terkini, bolehla melayari blog ni http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ . Kewujudan blog ini membantu kami sekeluarga mengetahui status pelajar-pelajar Malaysia, terutamanya perkembangan adikku Mohd Hairul. Doa kami, semoga dia selamat hendaknya..


0 comments:

Post a Comment