»

Tabungan :)

Followers

Thursday, October 8, 2009

Cerita anak-anak

Alhamdulilah...5 Dec 2009 ni genap 6 tahun usia perkahwinanku dengan suami tercinta, Aziz. Sepanjang waktu itu, kini aku mempunyai 3 orang cahaya mata.
Yang sulung(gambar pertama) diberi nama
Muhammad Azim, lahir pada 2-11-2004
Yang kedua (gambar ketiga), namanya
Muhammad Aiman, lahir pada 26-10-2005
Yang ketiga (gambar tengah), namanya
Puteri Nurdini. lahir pada 10-08-2007
Yang keempat .....opss belum lagi..Insya Allah akan datang

Tentang Azim

La ni usianya 4 tahun 11 bulan, dah bersekolah di Tadika, seorang yang aktif dan banyak bercakap (tapikememeh/gembeng ). Contohnya kalu tak dapat buat sesuatu atau kena kacau ngan adik dia mesti menangis (seorang yang sensitif gak walaupun tengok mcm agresif). Semenjak usia nya 3 tahun, dah boleh mencantumkan puzzle dari yang bersaiz kecil hingga besar. Sekarang ni mula berjinak-jinak dengan komputer game, habis dikerjakan laptop ayahnya bersama-sama dengan adik dia Aiman mengexplore game-game baru. Lagi-lagi ayah dia jenis layan jee... mana taknya kalu selalu nengok ayahnya memanjang ngadap laptop...dari situ la kot dia belajar...penin kepala mama dia ni, kekadang terpaksa mengalah dengan azim n aiman. Mana tidaknya laptop satu, yang nak guna 4 org, masing-masing take turn...yang pastinya waktu yang terakhir adalah mamanya (waktu tu dah letih + ngantuk)...


Tentang Aiman

Aiman tak kisah..ingat lagi masa popularnya iklan di radio tentang sketsa 'Aiman tak kisah'...masa tu Aiman baru 5 bulan..dan sekarang nie dah nak mencecah 4 tahun..pantas betul masa berlalu..walaupun percakapan masih pelat tapi masih boleh difahami..moga Aiman boleh bercakap dengan sebutan yg betul..seorang yang terlalu manja walaupun dah ada adik. Setiap kali nak susu dan tidur, mamanya mesti ada disisi sambil diusap-usap mana bahagian badan disukai. Pakar jugak dalam permainan games di laptop ayahnya.


Tentang Dini

Puteri kesayangan, sungguh comel dengan matanya yang sepet persis ayahnya.Baru berusia 2 tahun tapi lagaknya bagai puteri gak, dah pandai buka dan pakai baju sendiri tapi terbalik la pulak..tak pe masih proses pembelajaran..mama akan ajar dari semasa ke semasa. Pantas bertindak, contohnya bila mama suruh amik surat khabar di antara mereka bertiga, Dini yang tercepat telah mengambilnya. Kekadang mulut nya bising nak bercerita, mengadu dan membaca walaupun masih pelat dan tak faham apa yang dicakapnya...mama berusaha bantu Dini hingga berjaya ya sayang...


0 comments:

Post a Comment