»

Tabungan :)

Followers

Wednesday, February 17, 2010

Cuti Oh Cuti

Emm...seronoknyer bercuti kan..bleh habiskan byk masa ngan family especially anak2 ku Azim, Aiman n Dini. Masa ni la jugak nak merehatkan badan dan minda sebelum melangkah semula ke sekolah. My hubby rajin betul bawa gi jalan2 dan makan2. Semalam baru lepas gi jalan ke Sedili..Mula2 tu gi Giant dan ingat nak gi Smart nak beli bekalan bahan mentah y dah kehabisan kat rumah...Terdetik pulak idea suami ku nak gi Sedili konon2 nak beli fresh seafood like ketam, udang n ikan yg terus dari laut. Al maklum, kat sana terkenal ngan hasil tangkapan laut yg sememangnya segar bugar. Hampir rutin setiap minggu beli brg keperluan kat SMART yg mana diketahui kebanyakkan hasil tangkapan datang dari Sedili. Apa salahnya alang-alang nak membeli, kita mencuci mata nengok kawasan2 di Johor yg sebelum ini belum dijajah oleh kami sekeluarga.

tengok je la gambar2 ni..guna hp je amik gambar ni, kualiti tak ok..layan je..




puteri kesayangan


Sunday, February 14, 2010

Kongsi Pendapatan Bersama2

salam..

Diana nak share sedikit untuk mendapat duit dengan cara agak mudah. Modal rendah RM 20 sahaja, lagi pula baru sahaja dilancarkan. Tapi kena sedikit usaha bak kata pepatah ' bukan senang nak senang' yg penting teknik-teknik marketing di ajar. Kalau berminat klik la kat banner di bawah ni. Dapat duit sama2 itu yg penting..

Sunday, January 24, 2010

Doa buat Ibu Bapa

Dulu aku seorang bayi, kanak-kanak,remaja dan kini ke alam dewasa..masa berlalu pantas tanpa kusedari perjalanan hidupku selama 30 tahun kini..alhamdulilah Allah masih panjangkan umurku untuk menikmati kelazatan dan kebahagiaan hidup bersama2 keluarga tersayang melayari dugaan kemanisan, kepahitan, kesukaan dan kesedihan..Lumrah sebuah kehidupan..namun, kebahagiaan diduniawi tidak menjanjikan kebahagiaan di akhirat sekiranya tiada bekalan dan amalan sebagai muslim semasa hidupnya..semoga kealpaanku tidak berpanjangan..Ingat Allah dalam setiap masa adalah peganganku seharian kini...dengan mengingatiNya aku dapat mengawal nafsu-nafsu yang tidak baik yang mungkin dapat mengganggu fikiran dan perasaan...

Sesungguhnya, kita tercipta daripada ibu bapa kita dan sekiranya tiada ibu bapa, tiadala kita didunia ini...
Sekadar renungan..bagaimana jika kita tiada dan tidak pernah ada. Jika Allah tidak mencipta kita, sudah pasti kita tidak ada. Jika kita tidak ada, sudah tentu kita tidak mengetahui kewujudan alam semesta ini. Kita juga tidak kenal matahari dan bulan, tidak kenal manisnya gula dan kelazatan makanan. Pastinya juga kita tidak dapat merasakan indahnya rasa kasih sayang, cinta dan tentunya saat-saat bahagia tidak mungkin kita rasai... Oleh itu, bersyukur sangat kerana kita dapat melihat dan menikmati segala pemberian kasih sayang dan menyaksikan keindahan alam melalui kebesaran Allah yang tak ternilai harganya...

Mama bermohon kepada Allah
Semoga anak-anak mama berjaya dengan cemerlang serta menjadi anak yang soleh dan solehah seterusnya mendapat perlindungan Allah didunia dan diakhirat...Amin...



Pesanan untuk diriku sebagai anak dan anak-anakku jua...

Saturday, December 19, 2009

Cuti-cuti Malaysia di Tanjung Balau

Cuti-cuti Malaysia kali ni, kami sekeluarga tak la pergi luar Johor, kali ni pergi ke Tanjung Balau Kota Tinggi..saja nak bawa anak-anak beriadah sambil bermandi-manda di tepi pantai..tujuan lain nak cari kulit-kulit siput dan batu-batu yg cantik utk letak kat akuarium yg baru beli...kami bertolak jam 3 ptg.. on the spot planning..jadi tak la sempat nak masak memasak seperti sebelum ni..agaknya my hubby tahap bosan sangat duk umah memanjang n kena jaga anak2 kot..hahah sekali sekala bukannya selalu ya abang ku sayang...

baru sampai...lebih kurang kul 4.45ptg
mama & ayah dah ready..Dini tak nak join bergambar lak

mama & Dini

kawal setiap saat..kat tepi jee..

kejar cepat...Dini n Aiman laju betul lari

Thursday, December 17, 2009

My Love Dini

Dah lama tak tulis kat blog ni, nak story about Dini la, pembantu setiaku didapur..(maklumla anak perempuan) dah nampak skit ciri2 kerajinannya membantu mama dlm bab memasak dan mencuci pinggan..mana tidaknya tiap kali memasak dan berada di sinki mesti sibuk benor nak tengok..tarik kerusi nak nengok dan membantu yg mana patut...walaupun jadi berkecah skit, tak pe itukan proses pembelajaran..tak boleh sangat asyik kata jangan itu, jangan ini..terbantutla perkembangan anak-anak....aksi puteriku sedang mencuci pinggan di waktu pagi....

basuh sudu ker ...tgk tu air mengalir..membazir jeee

semuanya dah dibasuh...Dini g basuh semula..abis kecah

stop! stop! Dini basuh pinggan pun mama nak amik..

syok la tu dpt cuci pinggan..

Monday, November 16, 2009

Konvokesyen Azim



membuat aksi

menuju ke puncak


Seronoknya dan terharu sangat menyaksikan konvokesyen Azim, mama very excited nengok aksi Azim masa tu..fisrt time for first kid. Mama harap dapat melihat konvokesyen Azim, Aiman dan Dini di Universiti pulak nanti. All the best my kids.

Tuesday, November 10, 2009

Doa buat kekasih

Bila terdengar lagu ni, pasti teringat memory bersama boyfriend (skrg dah jadi suami) masa tu masih di awal2 perkenalan. Si dia telah menyanyikan lagu ni, uh tak sangka pulak mamat ni pandai nyanyi, boleh tahan gak suaranya..Lepas tu, aku pun sibuk mencari-cari lirik lagu ni..Sampai sekarang masih dalam ingatan..

DOA BUAT KEKASIH

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Dalam kesibukan

Lama tak update blog ni, busy sangat dengan kerja2 sekolah yang tidak pernah abis. Now, i know cabaran dan tanggungjawab menggalas tugas sebagai guru sekolah. Alhamdulilah, dapat jugak settlekan mana yg sepatutnya..yang penting mesti IKHLAS dalam menunaikan sesuatu perkara, rezeki yang dapat diharap mendapat keberkatan olehNYA. Amin...

Sempat lagi upload gambar my kids.hihi



Suka sangat tengok Dini pakai tudung, nanti dah besar tak leh pakai tudung nampak rambut tau..berdosa




Azim n Aiman pakai life jacket masa naik bot kat zoo Melaka. Berbaju melayu dan kurung pada hari raya tahun ni kat kampung Parit Hj Karim, Air Baloi.