»

Tabungan :)

Followers

Tuesday, February 15, 2011

Mood kembali..

Semalam kononya nak update blog, buka laptop, Dini sibuk nak pakai sama, nak tengok coklat katanya, mula nak menaip, Dini pun menaip sama, maka tak jadilah perkataan. Last-last bagilah kat Dini mengexplore gambar-gambar coklat. Lepas tu bersambung kat abang-abangnya, mama tengok aje, abang-abang pun dah pandai, buka IE, keluar google taip ultraman, sibuk nak main games ultraman online, kagum pun ada dan sebenarnya tak suka tengok Azim dan Aiman mengetahui teknologi internet. Al maklum, pelbagai sumber yang tak elok boleh dperolehi, lagi-lagi umur mereka yang baru setahun jagung. Muhasabah diri, apabila melihat situasi remaja2 bermasalah di radio dan tv. Semoga anak-anak mama menjadi seorang yang soleh dan solehah serta menjalani kehidupan berlandaskan ajaran Islam. Keberanian mengatakan 'tidak' penting terhadap perkara-perkara yang tidak baik. Alhamdulilah, tok mak juga banyak membantu mendidik anak-anak aku mengenal Allah, ajar mengaji dan lain-lain. Ini lah hikmahnya masih duduk berdekatan dengan mak. Sekarang ni, terlalu banyak soalan yang diajukan oleh mereka. Kadang2 soalan yang sama dan berulang-ulang. Sebenarnya bagus pertanyaan tu, cuma kekadang malas jugak nak melayan, lebih-lebih lagi keadaan diri yang selalu penat kerana hormon yang tidak menentu. Cukupla bebelan dipagi hari, semoga ceria sepanjang hari!!

*gambar2 yang sempat di snap pada 15 Feb 2011, Azim sibuk berkepit dengan atuknya..










Monday, February 14, 2011

Jam 1.20 pagi

Si ibu sedang mengemaskini sesuatu di blog-blognya, si bapa masih menghadap laptop mengemaskini laman web sekolah, anak sulung sedang membantu adiknya mewarna setelah selesai menyiapkan kerja sekolah. Aiman pula sudah dibuai mimpi selepas penat belajar membaca dengan usahanya sendiri. Tidur siang yang lama membolehkan mereka2 berjaga malam, nasib la esok cuti, biarkan saja. Pastikan esok bangun awal, masjid Abu Bakar kita pergi untuk bersama-sama menyambut sambutan Maulidur Rasul. Insya Allah.

Sambutan Maulidur Rasul 15 Feb 2011




Sambutan Maulidur Rasul 15 Feb 2011/1432H tahun ini bertemakan "1 Malaysia 1 Ummah". Kita digalakkan menyambut Maulidur Rasul kerana ia dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda dan yang pasti cinta itu juga hanya kepada Allah SWT. Ulama berpendapat, sambutan Maulidur Rasul boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama dan menghayati keperibadian baginda dapat diterima sebagai pendekatan yang baik dalam islam. Kita juga diseru untuk mengingatinya dengan memperbanyakkan selawat dan sentiasa mengikut sunnah nabi.

Sunday, February 13, 2011

url baru...

Akhirnya blogku bertukar kulit dan url..dah tak da kerja la tu.. http://sweetmanis.blogspot.com

Friday, February 11, 2011

url blog yang baru...

Sebenarnya tengah2 berfikir-fikir nak tukar url blog azimaimandini kepada url yang baru. Kenapa?.Ini memandangkan akan bertambahnya ahli dalam keluarga Encik Abdul Aziz.Amin.Selepas ni tak nak guna nama anak dalam url, 3 nama pun dah cukup panjang, macam mana nanti kalau dah 4,5,6..wah,tak ke panjang url tu nanti!.Semestinya, url baru tu nanti lebih bersifat umum. Berangan je nak kongsi isu-isu semasa, cerita2 ilmuan,lucu,menarik dan kisah2 masyarakat..tapi masih dalam perancangan..bergantung pada kekangan masaku yang ada ni..ish.ish banyak betul nak buat ni.Pertukaran url ni pastinya tak memberi kesan kpd aku, berapa kerat sangat yang tahu blog ni, trafik pun sedikit, sebab tujuan berblog dulu hanya suka-suka mengisi masa lapang. Tak tahula lepas ni, mungkin kena rajin wat blogwalking dan rajin update blog setiap hari 2/3 post atau sekurang-kurangnya satu.Adakah ia kenyataan atau omongan kosongku..tunggu je la ..

Wednesday, February 2, 2011

Krisis di Mesir merunsingkan..

Krisis di Mesir makin meruncing kini, ia berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Tercetusnya inspirasi ini adalah daripada revolusi Tunisia baru -baru ini dan berjangkit pula dengan rakyat Mesir. Dulunya Mesir yang kita dengar selamat, tapi kini berubah sekelip mata. Kami sekeluarga tentunya merasa bahangnya kerana adik Mohd Hairul menuntut di Mesir!!. Pelbagai persoalan muncul dan kerisauan memang menyelubungi kami sekeluarga. Semoga dia selamat bersama-sama rakyat Malaysia yang ada disana. Amin. Walaupun begitu, kebimbangan nyata sukar dibendung apabila membaca berita-berita dari blog dan paparan berita di televisyen.

Antaranya,
~huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir. Jadi, bayangkan kesukaran untuk keluar membeli keperluan harian terutamanya makanan!! Dikatakan juga, harga barang melonjak naik, ditambah pula bank ditutup, kewangan pastinya diperlukan oleh mereka yang berada disana.
~Internet, komunikasi telefon bimbit turut disekat!. Hingga saat ini, kami sekeluarga masih belum dapat berhubung dengan Mohd Hairul. Bagaimana agaknya keadaannya sekarang ni?.
~Bertambah lagi huru-hara jadinya, apabila sebilangan besar banduan terlepas dari penjara, anggaran 5000 orang banduan. Bayangkan! pastinya penjahat-penjahat ini akan mengambil kesempatan yang ada. Mungkin, rentetan dari itu, terdapat pelajar Malaysia yang dirogol dan dirompak!. Sebenarnya banyak lagi kejadian yang berlaku di sana.

Doa dari rakyat Malaysia dan bantuan kerajaan amat-amat diperlukan.

Kepada yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang maklumat terkini, bolehla melayari blog ni http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ . Kewujudan blog ini membantu kami sekeluarga mengetahui status pelajar-pelajar Malaysia, terutamanya perkembangan adikku Mohd Hairul. Doa kami, semoga dia selamat hendaknya..


Monday, December 27, 2010

Siapa nak jadi Agen Jual TOPUP?

Peluang kepada sesape yang berminat menjual top up. Utk pengetahuan, saya dan hubby hampir setahun menjual topup dan masih beroperasi lagi. Saya juga dah masukkan adik saya yang belajar di UITM memandangkan permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan pelajar. Walaupun margin keuntungan kecil iaitu kira2 2-5%, tetapi volume atau permintaan sgt tinggi dan tak putus. Atas cadangan saya juga, setiap jualan top up ada tambahan charge 30 sen -50 sen. Yang pastinya ada saja yang cari utk dptkan top up walaupun ada tambahan charge. Adik saya simpan dalam tabung.dah penuh daa, hasil tambahan charge tu..sikit2 lama2 jadi banyak..Bonus untuk dia..

Yang paling penting dan best!!!

- yuran ahli serendah rm 20 seumur hidup
-nak jual top up mesti ada modal, percaya tak serendah rm 50 saje!!!
-semua jenis top up-maxis, celcom, digi dll
-boleh jual top up serendah rm 3 dan nilai2 lain- rm 5,10,20,50, 100
-tak perlu jumpa pembekal, urus sendiri secara online atau gi ATM utk tambah modal
-urusniaga secara sms atau website sulit
-tiada penipuan, DIJAMIN!!

*hanya yang berminat dan serius boleh berurusan dan untuk keterangan lanjut, sila la emel ke
jiezsweet@gmail.com..

Azam 2011

Salam kembali lagi berblog buat tatapan diriku dan kawan2 yang sudi menjengah kat sini. Rasanya apa yang ku coretkan disini hanya luahan perasaan, pandangan atau apa2 tah lagi. Aku pun tak promote or wat blog walking utk menaikkan traffic, mungkin kesibukan bersama2 anak-anak dan perkara2 lain membataskan aku menghabiskan masa menghadap laptop (senang citer malas) Oh!! fasa M selama 3 bulan mungkin dah tamat, ni yang mula dok menaip apa yang terlintas. Ramai jugak kawan2 yang aktif berblog, sharing tentang kehidupan, peristiwa dan isu semasa. Teruskan..good for u. AZAM? setiap tahun pasti ada azam yang ingin dicapai tak terkecuali aku, semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan.So Diana, usahalah untuk mencapai apa yang kau nak tu!! wake up! wake up!. Yeszz, aku dah wake up now, tapi kekadang tu ada je yang melunturkan semangat juangku ni..anasir-anasir yang selalu berfikiran negetif, antaranya bolehke?, bagaimana?, cukup ke? bila? n bla..bla yg bermain2 difikiran. Insya Allah, akan cuba aku atasi dan berusaha mencapainya..YA ALLAH, berkati dan permudahkan urusanku. Amin.